Aku cadang nak buka sebuah tuition class aka training centre aka cre8ive studio..
so, aku nak mintak pandangan korang,
1. aku nak jadikan training centre untuk "graphic tuition program" vectorise.net?
2. menjemput fqemo, CC n lain-lain moderators sebagai consultant jemputan?
3. mempromosikan dan menjadikan vectorise.net sebagai web yang semua student aku wajib daftar?
p/s : berikan pandangan dan idea-idea bernas korang yer. n doakan ia berjaya.. sebab aku sangat suka mengajar/mendidik.
Founder of Pengata Berkata Kata blog
Refining With Training
area tanjong malim.
subjek? err..
1. beginner class - Adobe illustrator, photoshop basics & what to do.
2. intermediate class - adobe illustrator, photoshop and how to improve ur design.
3. expert class - adobe illustrator, photoshop hint and tricks & how to speed up ur work progress
4. special class - photographer & photoshoot
berapa ramai yang wajib daftar? kalau boleh every single one of them! selain meramaikan dan memeriahkan vectorise.net, ia juga sebagai platform dimana student boleh berkongsi ilmu dengan user vectorise.net seluruh malaysia.
terima kasih.
Founder of Pengata Berkata Kata blog
Refining With Training
Saya nak kelas 1,2 dan 4!! Kalo saya mampu dengan pitih dan masanya, tapi saya sokong sangat idea nie. Student diwajibkan mendaftar di forum sebagai medium perbincangan maya bila di luar kelas.
Kalo menjadi saya war2kan kat kawan2.
bakemonster (12-07-2011)
wahh best tu... aku nak antar anak aku umur 5 tawun daftar bleh bake...
boleh, oh ya, aku tak kenakan syarat umur, dari baru lahir sampai sebelum nazak. janji boleh guna komputer, paham bahasa inggeris (sket2 pon xpe), boleh mengikut arahan n boleh bekerjasama dengan orang, n boleh bayar yuran..
Founder of Pengata Berkata Kata blog
Refining With Training
shafique (12-08-2011)
sijil bagaimana cikgu? waktu kelas berapa lame cikgu?
tempat? yuran xde, buku ade ke cikgu nak wat rujukan?
aku sukong ni..tp, kne ade jadual, tentatif, report dsb..
supaya kita tak nampak 'kosong'..at least klw nak buat tuition, bia betul2..
mungkin ade kerja turun naik kat pej. pendidikan..(klw jadik, baru leh continue utk 2-3tahun akan dtg..)
p/s: nice idea..tp aritu ade cikgu skolah ckp, budak skolah pun da pandai men potosop..T-T
bakemonster (12-07-2011)
Cadangan dan usaha yang baik bake.
Perkara pertama yg kau perlu rangkakan ialah modulenya (syllabus content) untuk setiap peringkat kelas yg kau cdgkan tu. Dalam nak membuat ni kau bayangkan apa objective/lesson outcome yang kau nak pelajar2 ni dapat diakhir pembelajaran, spesifik untuk setiap peringkat tu.
Berapa lama ianya boleh dicapai (maksudnya berapa lama kursus utk setiap peringkat)
Pas tu mode of teaching, dan assesmentnya.
Insyallah institusi yang kau plan ni akn nmpk professional, walaupun berskala kecil mula2nya. Public akan nmpak confident tau apa yang kau buat.
Selamat berjaya bake.
asrie (12-07-2011), bakemonster (12-07-2011), shafique (12-08-2011)
ya! itulah ayat yg aku carik tadi...SYLLABUS ke SYILABUS atau silives..haha..atau modus operandi..
things to know: method tu penting dlm mengajar..supaya menarik perhatian si pembelajar..
why to you : org nak tau, kenapa kne masuk class ni drpd amik class dari tmpt lain..
what is the outcome : ape benefit yg kite dpt dlm class tu, selepas itu..buku? kerja? lubang kerja? link loan? dsb..
yg paling penting, NILAI atau PRICE tidak terkira (ILMU TIDAK TERKIRA atau it's PRICELESS)
aku dalam usaha nak dapatkan "Adobe Certified Training Centre" dari Adobe supaya lagi mantap. buat masa ni, ia hanya sebuah pusat tuition yang mana sijil kitorang yang keluarkan berserta dengan portfolio student. yuran, buku rujukan, waktu, masa n tempoh kelas bergantung pada pakej. tempat masih diusahakan. dah ada 2-3 tempat yang di survey.
jadual, tentatif, report dsb kitorang tengah susun n atur. kerja turun naik pej. pendidikan tetap akan dilakukan, lagipon kitorang ada pengetua sekolah yang jadik penasihat.
Modul sedang dirangka untuk setiap peringkat kelas. sesuatu yang agak rumit, terutama dalam menyusun topik mengikut keperluan.
objektif adalah untuk menjadikan setiap student tu memahami & boleh menggunapakai ilmu yang dipelajari dalam bidang pekerjaan yang diceburi & juga memahami konsep kreativiti dalam kehidupan seharian.
kursus untuk beginner & intermediate = 6 bulan (rancangan awal) - akan dikaji semula
kursus untuk expert & photografi = 3 bulan (rancangan awal) - akan dikaji semula
mode of teaching = belajar dalam kerja (konsep yang aku cadangkan) - setiap student aku akan diberi assignment (selepas setiap topik) membuat design bunting, banner, business card, kad kawen, paperbag atau apa saja yang customer order (mengikut tahap).
setiap design akan diberikan kepada 4-5 orang dimana design terbaik akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. student yang menghasilkan design terbaik tadi akan diberikan royalti/hadiah (cadangan-wang saku) atas designnya. dan bagi student yang lain, mereka akan dapat mempelajari n menilai apa aspek yang perlu diberikan penekanan dalam setiap design
dalam erti kata lain, walau dalam proses pembelajaran, student akan didedahkan terus dengan keperluan kreativiti dalam dunia nyata. dan secara tidak langsung student lebih mudah faham dengan apa yang sebenarnya tujuan setiap design tersebut.
Dan untuk menambah ilmu mereka, kita jemput TT, Kurt, Fqemo, CC, n mana2 moderator & user VF yang mahir dalam bidang berkaitan memberikan komen/inspirasi kepada student.
Founder of Pengata Berkata Kata blog
Refining With Training
Bookmarks