Surah 01 Al Fatihah : Pembukaan / Mukadimah (The Opening)

Dinamakan demikkian kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah.
Dinamakan juga Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud 7 yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

sekiranya terdapat kesilapan harap dimaklumkan kepada kami