Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.
Kesatuan Ragbi Malaysia akan menganjurkan KRM Liga Super 2011 bermula 9 April hingga 8 Mei 2011 bertempat di Padang Presint 5, Putrajaya. Alhamdulilah liga tahun ini akan mendapat liputan daripada Astro Arena. Walaubagaimanapun pihak Astro Arena memerlukan logo-logo kelab di dalam bentuk AI. Pihak KRM tidak mampu untuk mendapatkan logo-logo berkenaan dalam bentuk AI kerana ada kelab yang tiada logo mereka dalam bentuk yang dikehendaki. Oleh yang demikian, saya bagi pihak KRM merayu pertolongan semua untuk 'trace' logo berkenaan kepada bentuk AI bagi membantu kami. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di alamat emel: webmaster_mru1985@yahoo.com
Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web kami: www.mru.org.my
Kerjasama dan bantuan daripada semua amat kami hargai dan kami amat berterima kasih.
Berikut adalah logo kelab-kelab yang terlibat.
Bandaraya Dragons - Kuala Lumpur
Keris Conlay - Selangor
JLJ DiRaja - ATM
ASAS - Putrajaya
Ns Wanderers - Negeri Sembilan
COBRA - Selangor
Logo sudah ada di dalam format PDF/AI Download
Kelab yang menjadi Johan NICC dan Naib Johan NICC belum diketahui lagi.



Reply With Quote
Bookmarks