RYXAL dengan ini menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan diguna pakai sebagai logo rasmi syarikat.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah ahli Facebook Fan Page kepada RYXAL Group seperti alamat dibawah.
http://www.facebook.com/pages/Ryxal-...78496875523684
2- Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.
3- Semua ciptaan hendaklah asli dan sebarang penipuan dalam penciptaan akan ditolak.
4- Rekaan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama.
5- Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara.
6- RYXAL tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
7- Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik harta intelek RYXAL.
8- RYXAL mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
9- Rekaan boleh digunakan semula oleh RYXAL tanpa sebarang syarat.
10- Rekaan hendaklah menggunakan grafik komputer.
11- Rekaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ dengan format JPEG.
12- Latarbelakang logo perlu berwarna hitam.
13- Logo perlu berwarna silver yang berkilauan.
14- Warna ketiga adalah bebas dan perlu mengikut kesesuaian rekaan.
15- Setiap rekaan hendaklah disertakan dengan definisi bagi setiap simbol yang digunakan.
16- Definisi simbol itu perlu ditulis secara berasingan didalam Microsoft Word.
17- Saiz rekaan perlu mengikut standard wallpaper.
18- Rekaan perlu memiliki ciri-ciri profesional, memiliki nilai korporat dan nilai komersial.
19- Rekaan yang diterima akan dipaparkan didalam album Facebook Fan Page RYXAL Group yang disediakan seperti dibawah untuk undian.
http://www.facebook.com/album.php?ai...78496875523684
20- Penyertaan adalah percuma, para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
21- Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama sebenar, nama didalam Facebook, nombor kad pengenalan dan e-mail yang boleh dihubungi didalam Microsoft Word.
22- Hanya akan ada satu pemenang sahaja.
23- Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
24- Pemenang perlu menyediakan pelbagai variasi saiz dan format untuk digunapakai oleh RYXAL.
25- RYXAL tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
26- Keputusan pertandingan akan dibuat berdasarkan undian jumlah ‘Like’ yang diterima oleh ahli Facebook Fan Page RYXAL Group.
27- Keputusan akhir akan tertakluk kepada kuasa Ketua Eksekutif.
28- Keputusan akhir yang akan diumumkan adalah muktamad.
29- Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis didalam web rasmi RYXAL dan Facebook Fan Page.
30- Penyertaan dibuka daripada 13 Februari 2011 hingga 15 Mac 2011 tepat jam 12.00 tengahmalam.
HADIAH
Pemenang akan menerima wang tunai RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
Penyertaan hendaklah dihantar kepada :-
admin@ryxal.com
Sebarang soalan boleh dikemukakan diruangan komen yang disediakan di bawah.
Terima kasih.
source : http://www.ryxal.com/?tag=pertandingan-cipta-logo
Para vectorian sekalian dialu alukan mengambil bahagian






Reply With Quote






Bookmarks