3apak (02-26-2011), alkena (12-31-2012), creativcolor (02-26-2011), fqemo (02-26-2011), hunter1 (08-09-2012), nantero (08-05-2011), pajamada (04-07-2011), shafique (08-13-2011), Tuah Hakim (08-15-2011)
assalam.. mari kita share jenis2 offset printer yg biasa dlm offset printing industri.. memandangkan ramai gak kat sini yg terbabit, sila laa share apa yg korg lebih tahu.. terlalu bnyk jenis2 printer kalo nak diikutkan.. tp ni adalah antara machine2 yg common digunakan utk print on paper media..
Gestetner
Size : A4+ (9"x12", 10"x15")
Type : 1 color
Print : letterhead, forms, receipt, envelope..
________________________________________________
Heidelberg GTO 46 - 1 color
Size : A3+ (17½"x12½" max)
Type : 1 color
Print : flyers, pamphlets, brochure, etc..
________________________________________________
Heidelberg GTO 46 - 4 colors
Size : A3+ (17½"x12½" max)
Type : 4 colors
Print : flyers, pamphlets, brochure, etc..
________________________________________________
Heidelberg KORD
Size : A2+ (18"x25")
Type : 1 color
Print : brochure, poster, small paperbag, etc..
________________________________________________
Heidelberg SORDZ - 2 colors
Size : 25"x36"
Type : 2 colors
Print : book, bigger poster, paperbag, etc..
________________________________________________
Heidelberg SORSZ - 2 colors
Size : 28"x40"
Type : 2 colors
Print : book, bigger poster, bigger paperbag, etc..
________________________________________________
offset printing menggunakan teknik color seperation (pisah warna) kepada Cyan Magenta Yellow Black.. so ada 4 colors (utk full color)..
design software spt illustrator / photoshop / coreldraw akan memainkan peranan dlm proses color separation dgn bantuan machine khas yg seterusnya akan output 4 warna ni kpd 4 filem (negetive).. seterusnya dari 4 filem ni akan dikeluarkan 4 plate..
plate2 ni pulak akan dipasang ke printer2 diatas utk proses printing (press)
operator machine (slalunyer bangla / myanmar) akan memasukkan 4 color ink ke dlm printer dan proses memindahkan ink2 ini dari printer ke media (paper) akan melalui plate2 tadi yg mengandungi design anda.. proses pemindahan ink inilah yg dipanggil offset printing..
dulu sebelum output plate, mesti kene output filem dulu.. juga dipanggil CTF (computer to film)
tp skg dah shortcut boleh trus kluar plate takyah output filem lagi - CTP (computer to plate)
note:
- Size yg dinyatakan dengan simbol " = ukuran dalam inci
- 1 color tu bukan laa bermaksud hanya boleh print 1 color sahaja, tapi machine tu boleh print 1 color 'sekali run'.. so nak print 4 colors kene 4x run laa..
- 2 colors / 4 colors machine tu skali run trus 2colors / 4 colors (takyah pening2 dah).. mungkin beza dari segi kos jer..
- harga adalah mengikut machine yg digunakan, biasanya dikira per 1000pcs = RM? (utk 1 color).. contoh anda nak print paperbag, kira bukaan paper size nye dan machine apa yg sesuai, brapa color pulak akan diprint.. harga juga sikit berbeza mengikut daerah atau tokey printing..
andai ada salah info, tlg notice.. tambahan info amat dialu2kan.. tq
3apak (02-26-2011), alkena (12-31-2012), creativcolor (02-26-2011), fqemo (02-26-2011), hunter1 (08-09-2012), nantero (08-05-2011), pajamada (04-07-2011), shafique (08-13-2011), Tuah Hakim (08-15-2011)
terima kasih atas info ini.. aku nak komen pun tatau macamana sebab aku tak operate offset machine
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
yeap, mesin2 ni yg buat keje offset yg hensem..
tp nak kne jelaskan sket disini, sbelum process tersebut berlaku, perlu adanya artwork PLATE iaitu artwork dari keje kite tu dulu...
PLATE ni lebih kurang kod die pemisah warna (klw tk silap aku). die mcm PLATE zinc sekeping..
baru la die leh sumbat utk jalan kat mesin2 tersebut....so mcm klw nak reprint, leh pkai balik PLATE tu..
mesin2 di atas mmg feymes dan paling popular untuk on PAPER sahaja..
either artcard, simili and etc...
klw nak bunting, banner, backdrop mesin adalah berbeza...(tak tau ape name mesin)
tp mesin china ngan taiwan pon da hensem da...mampu mencapai sehingga 1000dpi..
search sndri ape dpi tersebut...aku pon tak tau..T-T
sbb ade pnah client dtg opis, pastu kne kencing ngan tokey tu..die ckp kite ade mesin bagus punya...
suma boleh jalan...(padahal mesin printer digital besar je..)
alkena (12-31-2012), Tuah Hakim (08-15-2011)
Dah mcm robot aku tgk.....bapok besor...buleh wat cite transformer mesin ni.
Anyway no komen, dok pahang sepatoh harang....
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
Sekeping artwork plate tu mahal tak??? Biasanya kalau full color pakai 4 plate la kan??
Mesin tu namanya = Solvent Inkjet Printer / Eco-Solvent Inkjet Printer(Selamatkan alm skitar.. kononnya)
China & Taiwan tu body je.. printhead kena pakai japan punya baru ok..
Yang penting printhead MAINTAINANCE CANTIK!! TIPTOP!!! kualiti yg kuar mesti tak menghampakan...
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
vectorism (04-11-2011)
dpi stand for DOT PER INCH atau dalam BM nye, titik per inci (buruk tul bunyi nye.hehe)
dpi ni adalah penentu ketajaman (sharpness) sesuatu barang cetakan. dpi memang selalu diaplikasikan dalam cetakan banner,banting,poster dan segala yang berkait dengan cetakan inkjet sahaja.lagi besar bilangan dpi biasenye harga akan lebih mahal. tapi setakat ni yang paling tinggi aku penah dengar 1440dpi sahaja. itu pun dah super clear cetakan nya.
Paling rendah yang aku penah gune 300dpi dan paling tinggi 1440dpi. yang paling rendah tu biasenye digunakan untuk print banner n banting outdoor sahaja dan dakwatnya agak tahan panas dan hujan.tapi kalo dah sampai setaun, luntur jugak warna tu.manakala yang 1440dpi tu biasenye digunakan untuk print sticker & atas Sintetik Paper dan hasil 1440 ini sangat-sangat 'sharp' (bergantung pada artwork jugak.kalo bagi gambo blur, takleh gak dierang nak bagi cantik). tapi, biasenye tukang cetak akan buat finishing dengan matte / gloss lam untuk membuat warna cetakan lebih tahan lama dan biasanya cetakan ini hanya sesuai utk kegunaan dalam (indoor)
Satu lagi,Silkscreen Printing.sama macam cetakan baju.tapi digunakan untuk mencetak banting/banner. biasanya syarikat besar macam Celcom,Maxis dsb akan guna jenis cetakan ni sebab lagi banyak jumlah yang ditempah, harga akan jatuh lebih murah. Aku penah tanya dengan satu kilang, dierang print banting 2x5,full color sekeping baru jatuh RM1++. Cetakan ini menggunan satu blok untuk satu warna (spot colour) bukan CMYK. Biasanya dicetak atas Sintetik Paper, Kain (bendera), Sticker (Car Sticker, Sticker biasa) dsb. hasil cetakan sama dengan 1440dpi dan yang ni boleh tahan hujan panas. warna tak luntur punya. Tapi Silkscreen Printing biasanya kena ada volume baru boleh print. kalo tak, harga barang akan jatuh mahal gile.
itu je takat ni. kalo ade lagi, len kali aku sambung.
p/s: kalo ade info yang tak brape betul, tolong infom ye vectorianz. trimas
*aku dah taip panjang lebar baru aku prasan tred ni utk offset printing.hehe
creativcolor (04-11-2011), hunter1 (08-09-2012), Tuah Hakim (08-15-2011), vectorism (04-11-2011), xwormz (12-09-2011)
trimas 4 the info pajamada... byk yg aku tatau dalam dunia percetakan ni.. huhuu
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
vectorism (04-11-2011)
Bookmarks