Ataei (03-23-2011), bakemonster (03-07-2011), fqemo (02-16-2011), vectorism (02-17-2011)
RYXAL dengan ini menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan diguna pakai sebagai logo rasmi syarikat.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah ahli Facebook Fan Page kepada RYXAL Group seperti alamat dibawah.
http://www.facebook.com/pages/Ryxal-...78496875523684
2- Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.
3- Semua ciptaan hendaklah asli dan sebarang penipuan dalam penciptaan akan ditolak.
4- Rekaan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama.
5- Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara.
6- RYXAL tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
7- Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik harta intelek RYXAL.
8- RYXAL mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
9- Rekaan boleh digunakan semula oleh RYXAL tanpa sebarang syarat.
10- Rekaan hendaklah menggunakan grafik komputer.
11- Rekaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ dengan format JPEG.
12- Latarbelakang logo perlu berwarna hitam.
13- Logo perlu berwarna silver yang berkilauan.
14- Warna ketiga adalah bebas dan perlu mengikut kesesuaian rekaan.
15- Setiap rekaan hendaklah disertakan dengan definisi bagi setiap simbol yang digunakan.
16- Definisi simbol itu perlu ditulis secara berasingan didalam Microsoft Word.
17- Saiz rekaan perlu mengikut standard wallpaper.
18- Rekaan perlu memiliki ciri-ciri profesional, memiliki nilai korporat dan nilai komersial.
19- Rekaan yang diterima akan dipaparkan didalam album Facebook Fan Page RYXAL Group yang disediakan seperti dibawah untuk undian.
http://www.facebook.com/album.php?ai...78496875523684
20- Penyertaan adalah percuma, para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
21- Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama sebenar, nama didalam Facebook, nombor kad pengenalan dan e-mail yang boleh dihubungi didalam Microsoft Word.
22- Hanya akan ada satu pemenang sahaja.
23- Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
24- Pemenang perlu menyediakan pelbagai variasi saiz dan format untuk digunapakai oleh RYXAL.
25- RYXAL tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
26- Keputusan pertandingan akan dibuat berdasarkan undian jumlah ‘Like’ yang diterima oleh ahli Facebook Fan Page RYXAL Group.
27- Keputusan akhir akan tertakluk kepada kuasa Ketua Eksekutif.
28- Keputusan akhir yang akan diumumkan adalah muktamad.
29- Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis didalam web rasmi RYXAL dan Facebook Fan Page.
30- Penyertaan dibuka daripada 13 Februari 2011 hingga 15 Mac 2011 tepat jam 12.00 tengahmalam.
HADIAH
Pemenang akan menerima wang tunai RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
Penyertaan hendaklah dihantar kepada :-
admin@ryxal.com
Sebarang soalan boleh dikemukakan diruangan komen yang disediakan di bawah.
Terima kasih.
source : http://www.ryxal.com/?tag=pertandingan-cipta-logo
Para vectorian sekalian dialu alukan mengambil bahagian
Ataei (03-23-2011), bakemonster (03-07-2011), fqemo (02-16-2011), vectorism (02-17-2011)
apsal cheapskate sngt ryxal ni eh? skarang mmg musim kompeni buat crowdsourcing/contest eh? susah sngt ke nak spend 3-4 ratus utk proper logo?
pajamada (04-11-2011)
itu namanya takde badget.. dulu aku penah handle pertandingan cipta logo sempena 60 tahun tuk bulan sabit.. hadiah 1st price RM 1000
http://www.redcrescent.org.my/drupal/node/142
Last edited by KuRtAzuandy; 03-04-2011 at 10:39 AM.
wah.....manarik gak neh, tapi........
dah tutup laaa... hahahahaha
http://www.dscomm.com.my/images/a_05.gif
ni ke logo yg menang 60 tahun PBSM tu?
anyway, ni bukan soal budget tapi lebih kepada soal market, mentaliti.
kalau designer give in dkt client2 yg mcm ni, mmg client akan pandang sebelah mata and cakap buat design ni senang.
mmg bole buat logo dgn 2-3 klik, tapi usaha utk smpi ke level tu mengambil masa yg bertahun-tahun.
tak bukan tuh ... ko gi redcrescent.org.my cari annual report tuk tawun 2008
kaf-dal-kaf-wau-ta..
Founder of Pengata Berkata Kata blog
Refining With Training
Bookmarks