KuRtAzuandy (10-19-2010)
Aku mencadangkan agar kita adakan ruangan download graphic tapi terhad untuk user yang mempunyai 10 atau 20 posting keatas sahaja...
any comment?
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
KuRtAzuandy (10-19-2010)
hmmm... ari tuh tuan tanah dah disablekan ruangan posting kat chat... mean kalo nak request masuk forum.. tapi users macam minat download lagi daripada join berforum huhuhuhu.... takpe dieorang tak minat kot... cume kalo ade yang bermasalah nanti baru masuk forum... tak pun dieorang tak sampai seru lagi.... pergh byk tul prasangka aku... isk isk isk... anyway thanks 4 the idea...
mmg betul.. user minat download lagi dari forum.. maybe dorg pun bz gak ngan kerja2 melambak.. ko sendiri pun paham kot...
cuma kita nak tarik minat dorg skit untuk sama2 join berforum.. bukan apa, kat sini kita bleh tukar2 idea,pendapat,share info, cari job, bagi job dan banyak lagi potensi forum ini..
bukan setakat borak2 tak bermakna je..
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
sejak sosial networf wujud ni gejala sosial makin mnjadi2.. huhuhuu..
aku rase aktiviti beforum sluruh dunia skit tejejas.. takper cari idea lebih power..
lagi satu bahan2 dlm forum ni pon masih kurang lgi..
bnyk lgi kategori yg kita perlukan selain ai & psd..
macam flash, after effect, indesign, web editor, director, video, blabla..
programming, php, (kurt terer ni leh turun kan ilmu)
yela kita masing2 pon sibuk ngan keje2.. slow2 laa kita tambah..
kita try dulu ngan contest design logo vectorise tu..
- akan dipakai utk: main page (vectorise.net), site logo (vectorise.net/logo), site forum ni (vectorise.net/forums)..
- akan kita buat tshirt, gift, dll, insyllh tgk feedback laa..
- 1.11.10 start ok tak.. 1.1.12 kita umum kan pemenang.. apa kata bro2 semua..
syarat kene join forum..
design & post kat sini.. (file ori mesti ada - ai / psd)
kita komen2 sape punyer cantek & dpt vote terbnyk kire menang..
cadangan lain diperlukan..
insyllh mungkin akan dpt tarik lebih ramai lg org..
next time kita buat contest lain lak / idea tarik mnarik yg lain..
design annual report terhebat ker..
update..
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO VECTORISE
Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.
Setiap penyertaan mestilah mengandungi 3 set logo iaitu:
1. vectorise (logo asas)
2. vectorise logo (akan ganti 'Loogoo' lama di Vectorise Logo)
3. vectorise forum (akan digunakan di forum ini Vectorise Forum)
Nota: logo asas 'vectorise' hendaklah sama untuk no.2 dan no.3
TEMA
Bebas dan melambangkan konsep vector atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.
SPESIFIKASI
1. Saiz, Format
- Saiz adalah bebas dan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada header website.
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.
2. Rasional Reka Bentuk
Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam Bahasa Malaysia.
3. Warna
Bebas
4. Keaslian logo
Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum.
2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan : Contest - Logo Design (admin akan buka ruangan ni) untuk diundi dan disenarai pendekkan.
4. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :
- Imej 3 set Logo Design (seperti diterangkan di atas) dalam format PNG (with transparent background) atau JPG
- Penerangan ringkas tentang rasional logo
- Sertakan dibawahnya Username anda, Pekerjaan / latarbelakang bidang anda & Umur.
3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan
logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.
5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 31hb Disember 2010, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.
PENGADILAN
1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Vectorise Forum.
2. Bagaimanapun bilangan undi juga akan diambil kira untuk disenarai pendek ke pemilihan akhir.
2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.
HADIAH
Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :
- Wang Tunai bernilai RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja)
- Dan ruangan Iklan di Vectorise Logo selama 3 Bulan.
-------------------------------------------------------------------------------
bro.. ok ker aku update skit.. kalo dah ok isnin boleh on laa..
thanks..
-------------------------------------------------------------------------------
ok dah pada aku neh..
Last edited by KuRtAzuandy; 10-24-2010 at 10:02 PM. Reason: ok dahh
BloodStains (11-29-2010), vectorism (10-20-2010)
nak bagi no.2 pon boleh.. bagi rm20 TOLAK hadiah no.1 = rm80.. ok ker..
no.3 tadak cash tapi dpt iklan jer.. huhuhuu..
iklan 3bulan jer laa max kot..
takyah email pon takper kot yg penting post jpeg file ke forum ni.. shortlisted jer nnt diorg mesti email master copy..
sebelum 28 Feb 2010? tak lama sgt ker bro..? kalo sebelum 1.2.12 ok tak..
hmm korang kena advertise pasal contest ni kat blog vectorise.net/logo ... apa-apa nanti info aku.. aku try advertise kat blog aku sama.. walaupun blog aku tak banyak page hit... tapi at least dapat spread the news skit pun ok gak...
Graphics | Designs | Prints : http://www.creativcolor.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::: trying to be helpful & trying to be useful ::::::::::::::::::::::::::
ok roger.. 1 pemenang jer..
ok bro.. cun..
kalo tadak apa2 cadangan lagi boleh start laa kot..
fqemo mana tadak nak ckp aper2 ker..
bro kurt, contest detail 'ceduk' tu boleh dah tu buat official kat announcement post (atau mana yg sesuai laa)..
kita start officially isnin ni ok tak.. next week aku post kat blog / atau sapa2 nak post kat vectorise blog pon boleh..
design contest detail simple jer, ada 3 jenis logo (tapi pakai main logo yg sama)
1. vectorise (main)
2. vectorise logo (akan ganti website 'Loogoo' lama)
3. vectorise forum
kire nyer ada 3 set laa..
mcmana nak buat ayat yg mudah org faham tu.. pandai2 laa bro..
terima kasih.. (kalo ada apa2 sila tambah)
Bookmarks