Aku mencadangkan agar kita adakan ruangan download graphic tapi terhad untuk user yang mempunyai 10 atau 20 posting keatas sahaja...
any comment?
Printable View
Aku mencadangkan agar kita adakan ruangan download graphic tapi terhad untuk user yang mempunyai 10 atau 20 posting keatas sahaja...
any comment?
hmmm... ari tuh tuan tanah dah disablekan ruangan posting kat chat... mean kalo nak request masuk forum.. tapi users macam minat download lagi daripada join berforum huhuhuhu.... takpe dieorang tak minat kot... cume kalo ade yang bermasalah nanti baru masuk forum... tak pun dieorang tak sampai seru lagi.... pergh byk tul prasangka aku... isk isk isk... anyway thanks 4 the idea...
mmg betul.. user minat download lagi dari forum.. maybe dorg pun bz gak ngan kerja2 melambak.. ko sendiri pun paham kot...
cuma kita nak tarik minat dorg skit untuk sama2 join berforum.. bukan apa, kat sini kita bleh tukar2 idea,pendapat,share info, cari job, bagi job dan banyak lagi potensi forum ini..
bukan setakat borak2 tak bermakna je..
sejak sosial networf wujud ni gejala sosial makin mnjadi2.. huhuhuu..
aku rase aktiviti beforum sluruh dunia skit tejejas.. takper cari idea lebih power..
lagi satu bahan2 dlm forum ni pon masih kurang lgi..
bnyk lgi kategori yg kita perlukan selain ai & psd..
macam flash, after effect, indesign, web editor, director, video, blabla..
programming, php, (kurt terer ni leh turun kan ilmu)
yela kita masing2 pon sibuk ngan keje2.. slow2 laa kita tambah..
kita try dulu ngan contest design logo vectorise tu..
- akan dipakai utk: main page (vectorise.net), site logo (vectorise.net/logo), site forum ni (vectorise.net/forums)..
- akan kita buat tshirt, gift, dll, insyllh tgk feedback laa..
- 1.11.10 start ok tak.. 1.1.12 kita umum kan pemenang.. apa kata bro2 semua..
syarat kene join forum..
design & post kat sini.. (file ori mesti ada - ai / psd)
kita komen2 sape punyer cantek & dpt vote terbnyk kire menang..
cadangan lain diperlukan..
insyllh mungkin akan dpt tarik lebih ramai lg org..
next time kita buat contest lain lak / idea tarik mnarik yg lain..
design annual report terhebat ker.. :p
update..
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO VECTORISE
Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.
Setiap penyertaan mestilah mengandungi 3 set logo iaitu:
1. vectorise (logo asas)
2. vectorise logo (akan ganti 'Loogoo' lama di Vectorise Logo)
3. vectorise forum (akan digunakan di forum ini Vectorise Forum)
Nota: logo asas 'vectorise' hendaklah sama untuk no.2 dan no.3
TEMA
Bebas dan melambangkan konsep vector atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.
SPESIFIKASI
1. Saiz, Format
- Saiz adalah bebas dan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada header website.
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.
2. Rasional Reka Bentuk
Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam Bahasa Malaysia.
3. Warna
Bebas
4. Keaslian logo
Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum.
2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan : Contest - Logo Design (admin akan buka ruangan ni) untuk diundi dan disenarai pendekkan.
4. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :
- Imej 3 set Logo Design (seperti diterangkan di atas) dalam format PNG (with transparent background) atau JPG
- Penerangan ringkas tentang rasional logo
- Sertakan dibawahnya Username anda, Pekerjaan / latarbelakang bidang anda & Umur.
3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan
logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.
5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 31hb Disember 2010, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.
PENGADILAN
1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Vectorise Forum.
2. Bagaimanapun bilangan undi juga akan diambil kira untuk disenarai pendek ke pemilihan akhir.
2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.
HADIAH
Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :
- Wang Tunai bernilai RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja)
- Dan ruangan Iklan di Vectorise Logo selama 3 Bulan.
-------------------------------------------------------------------------------
bro.. ok ker aku update skit.. kalo dah ok isnin boleh on laa..
thanks..
-------------------------------------------------------------------------------
ok dah pada aku neh.. :rolleyes:
nak bagi no.2 pon boleh.. bagi rm20 TOLAK hadiah no.1 = rm80.. ok ker..:D
no.3 tadak cash tapi dpt iklan jer.. huhuhuu..
iklan 3bulan jer laa max kot..
takyah email pon takper kot yg penting post jpeg file ke forum ni.. shortlisted jer nnt diorg mesti email master copy..
sebelum 28 Feb 2010? tak lama sgt ker bro..? kalo sebelum 1.2.12 ok tak..
hmm korang kena advertise pasal contest ni kat blog vectorise.net/logo ... apa-apa nanti info aku.. aku try advertise kat blog aku sama.. walaupun blog aku tak banyak page hit... tapi at least dapat spread the news skit pun ok gak...
ok roger.. 1 pemenang jer..
ok bro.. cun..
kalo tadak apa2 cadangan lagi boleh start laa kot..
fqemo mana tadak nak ckp aper2 ker..
bro kurt, contest detail 'ceduk' tu boleh dah tu buat official kat announcement post (atau mana yg sesuai laa)..
kita start officially isnin ni ok tak.. next week aku post kat blog / atau sapa2 nak post kat vectorise blog pon boleh..
design contest detail simple jer, ada 3 jenis logo (tapi pakai main logo yg sama)
1. vectorise (main)
2. vectorise logo (akan ganti website 'Loogoo' lama)
3. vectorise forum
kire nyer ada 3 set laa..
mcmana nak buat ayat yg mudah org faham tu.. pandai2 laa bro.. :)
terima kasih.. (kalo ada apa2 sila tambah)
hahaha ok dahhh tuh senin den upkan kul 9 pagi... (baru masuk opis neh) hahaha
aku cadangkan buat ruangan games dalam forum neh.....eheheh
bagi penghargaan kepada yang banyak berposting contoh macam medal ke kat profil ahli....bila banyak posting maka banyak la agenda yg di bincangkan....bila banyak agenda maka ramai la ahli yg join...amacam...:o
huhuhu game tuh takde masalah leh taruk... tapi nanti aku risau fqemo tak mo trace logo dah bz men game hahahaha.....
pasal medal tuh mmg leh taruk ... kire macam ranking posting leww. dari newbie ke superNooB hahahaa...
ade kaedah pakse rela yang mana semua submited logo akan post gune forum... nak request pun kene gune forum ... tapi nak kene pk gak main page yang dah ade macam mana? nak disablekan ke tak.. kene tanah tuan tanah... skang neh ngah jalan parallel dedue leh pakai.... pelan pelan kayuh... huhuhu
tgh dok pikir sistem mudah utk Request Logo mesti dari forum..
sebab sebahagian besar user yg dtg blog vectorise logo nak request jer..
skg ni diorg tak nampak 'Request' yg ada dlm forum ni selagi diorg belum register..
aku rase bile diorg dah nampak pekataan 'Request Logo' tu baru diorg nak join..
so bro.. mcmanaa kalo buat 'Request Form' kat main forum page.. biar sapa2 singgah lalu terus nampak..
kita umpan dia ngan Request Form ker.. pastu mesti diorg join.. (paksa rela laa ni kan..)
mcmana ek.. nak kene main java ke sumatra ker borneo.. idea..? tq..
aku ade cadangan yang kejam sket... kita disablekan aje komen ngan chatbox kat depan tuh... pas tuh buh button ke cam pertandingan tuh ... request logo... so secare pakse rela kalo laa diorg nak request akan mengloginkan diri... aku dah take out verify email... makna pas neh lagi senang register trus leh pakai.. sekian... ekekekeke
kene bincang agi neh kene mintak pendapat lain lain mod... sbb ade kebaikkan dan ade keburukkan...
Keburukkan(yang aku terpikir)
1) kalo dah disable kat main makne semua poster tak update kat bhgn facebook...
2) ngah pk gak cam mana user nak cari... kat search function tuh (tak sync antara WP ngan Vbuletin neh)
3) nanti tuan tanah byk keje lak kene buh kat main eheks
kebaikkan
---------
1) ramai org akan masuk forum senang nak kawal dari segi pengrequest
2) leh tau top requester
3) top poster
4) takde laa penyamaran kat shout box tuh nanti (walaupun tak penah jadi) tapi risau gak kalo jadi...
5) byk leh kongsi dalam forum neh bukan aje logo software ke gajet ke ape ape lagi lew (akan update)
6) bagi sesaper yang rajin (x macam aku) leh wat tutorial atau kongsi source
7) dah lama sket leh wat gath plak
erkkk sikitnye keburukan pada aku... ke ade lagi? bersambung....
sebenarnye shoutbox kat blog tu bukan tujuan utk request pon .. tp dah jd digunakan utk request lak.. hehehe..
tp takper skg ni aku rase kita transfer request function jer dulu..
1. mungkin aku akan disable Request Form dari blog & redirect ke Forum..
2. user akan redirect ker forum ni trus nampak request thread / form (atau apa2 yg sesuai), tapi diorg kene login / register..
pasal keburukan
1) bab poster pada aku tadak masalah.. pasal semua request logo yg dilayan boleh dipost/upload ke blog mcm biasa & update trus ke facebook mcm biasa gak..
2) bab search pon pada aku tak kisah sgt.. sebab blog still remain as it is (collections library..) search logo berfungsi pada logo2 yg dah ada saja..
aku rase fungsi Request ni (kalo berjaya) boleh jadi sebagai 'killer product' utk forum kita.. fuhh mcm buat sales lak..
walauapa skali pon semuanya bergantung pada kita sendiri sanggup tak sanggup jer nak layan request2 tu nnt.. hehehe.. tapi kalo ramai yg berhati murni mcm fqemo, kurt, dll yg steady melayan permintaan, insyllh forum ni akan jd lain dr forum2 lain.. tqvm..
erkk lagi satu dah up satu lagi care login... ngan login FB connect... so user tak yah register lain ... ikut FB aje.... auto register... so senang nak request atau nak submit
pada yang dah register sila ikut langkah neh
1) login macam biasa masukkan Username ngan password
2) klik Button Connect FB (kat sebelah nick korang)
3) klik Allow.
4) Done..
so pasneh leh login FB trus...
takpe nanti lantik bebyk mod hahahaha
saya setuju dengan cadangan tuan tanah...
Apakata klu tuan tanah @ tuan khemah sediakan satu thread utk post design˛/vector ke yg komuniti sini da buat...alang˛ kt sini ramai graphic designer yg otai kan, bley jgk aku yg amatur ni jadikan panduan utk design˛ aku...hehe sekadar opinion 50 sen :p
erkk... wat sementara neh bukan tak mo tambah tapi byk ruang kosong lagi huhuhuhu... ko leh letak kat dalam bahagian Vector & Logo ... nanti kita wat satu topik "Post your Artwork" atau ade tajuk lain yang lagi menarik amat amat dialu alukan.... huhuhuhu...
Majulah Vetor untuk negara...
nak tanya kat FB ada fanpage atau grouppages x?... kalu yang ni http://www.facebook.com/vectorise#!/vectorise?v=wall aku cdgkn agar ditukar ke group pages...ini krn grouppages org akan like atau join..jadi dia akan otomatik publish ke wall dan org akan tgk...lpas tu kalu bleh apa2 contest up kan kt fb..sebab kt Fb market lbih tinggi..skdr cdgn..huhu http://www.laymark.com/i/m/m087.gif
huhu sebenarnye bukan fanpage atau grouppage malah application tuk fb pun dah dibuat...
http://apps.facebook.com/vectorise/?...my_recent&fa=1
application neh yang menyambungkan talian silaturahim antara forum neh ngan fb huhuhuh.. user leh login gune fb kalo dieorg nak tanpa perlu register untuk kali kedua...
untuk button like plak mmg dah ade kat setiap Thread... kat atas sebaris ngan tajuk... tinggal nak tungu tekan aje... huhuhuhu... yang tuh akan postkan pada wall memasing ...
Kalau nak Publish apa yang kita postkan dalam Facebook kene checkkan tanda macam contohj dibwh neh masa nak postkan new thread atau reply thread..
Maka terhasil lew di fb kita seperti dibawah... sekian.. (cam tulis karangan plak aku rase)
untuk tumbesaran pada gambar sile clik pada image
oo jd group page xde la?...
trima kasih atas keprihatinan & cadangan bro :)
terima kasih juga atas jawapan & usaha bro Dev.. saya rase pon cara ni lebih baik & tak mggnggu / tak menyepam betol ke ayat ni (spam) wall org lain kot..
sila beri cadangan lg kalo ada apa2 / idea yg lebih baik.. (aku bukan nyer tau sgt pon bab2 ni huhuhuu..)
...cube try test jap - publish to FB..
kita buat aja gath. aku cadangkan buat aja kat kajang sebab aku duduk kajang. thehehehe
cadangan diterima sebab aku pun dok kajang.. sape2 yg kat perak tu, kite buat sidang 3G je la yek
yea yea...cantek dah tu. buat kawasan kajang dulu..pasni baru kawasan lain plak. hehehe
bape ramai forumer LV (Loogoo Vectorism) skang?
yang register nye ramai... yang berforumnya sikit je
aku antara org yg hari2 jenguk. hahahaha walaupun jenguk pastu aku tido
Selalu wat gathering jumpa minum2 (TT - teh tarik session) akan lebih meriah la forum nie. Lebih mesra nak bersembang, berkenal2an. Asik selalu taip dalam forum, borak guna keyboard je boring gak.. ...... Ada thread gmbar, aktiviti dsb will make it lively....
Just my 2 ringgit....