Downloads: PERKAMA International

PERKAMA International

Rate this File
Uploaded by yustuyun - 05-07-2014
Author Author Unknown
File Size File Size 672.6 KB
Downloads Downloads 28
+ Download

This is the vector file's info and the sample preview of the PERKAMA International's logo. You're advised to login to download the vector logo, (register as member if you're not).. or simply download the vector logo as non member.


Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) atau lebih dikenali sebagai PERKAMA INTERNATIONAL merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memartabatkan amalan kaunseling di Malaysia. Diantara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mempertingkatkan integriti profesion kaunseling di Malaysia selain dari memberi perkhidmatan sosial dan seterusnya dapat membantu kesejahteraan masyarakat
Pada awal tahun 70-an peranan aktiviti persatuan dilakukan oleh Persatuan Vokasional dan Bimbingan Malaysia dan Persatuan Vokasional dan Bimbingan Selangor. Walau bagaimanapun kedua-kedua persatuan ini tidak dapat mengekalkan kegiatan mereka sehinggalah pendaftaran mereka terbatal mengikut akta Pertubuhan Persatuan. Awal tahun 80-an beberapa kaunselor dan pengajar kaunseling mula memikirkan untuk menghidupkan perkhidmatan kaunseling bagi menjadikannya sebagai perkhimatan profesional.
Pada tahun 1980 sekumpulan kaunselor dan individu yang prihatin serta mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kaunseling dan bimbingan di Malaysia telah mengadakan pertemuan di Institut Teknologi Mara (ITM) untuk mewujudkan Jawatankuasa Penaja yang kemudiannya menubuhkan Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA).
Fauziah Elyas telah dipilih mengetuai jawatankuasa ini. Pada 16 Januari 1982, Persatuan Kaunselor Malaysia telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan pada 1989 namanya ditukar kepada Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).
Pada tahun 2011, bersempena dengan konvensyen tahunan PERKAMA, persatuan sekali lagi menukar nama kepada Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA International) atas kapasiti memperkembangkan ahli ke pringkat antarabangsa. Tujuan utama persatuan ini ialah mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor atau ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan.
Tujuan-tujuan profesional PERKAMA International ialah:

• Memajukan amalan kaunseling secara profesional
• Menggalak dan membantu ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks profesional ahli-ahlinya.
• Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya
• Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman
• Menyediakan sumber tenaga profesional dalam bidang kaunseling bagi membantu masyarakat dalam menangani isu-isu sosial dan kesihatan mental


Find Vectors, Illustrations, Photos with 15% Off Annual Subscriptions - Promo Code: ANNUAL15


Images

  • PERKAMA International

Comments

There are no comments yet.

Add New Comment Add New Comment