Downloads: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

Rate this File
Uploaded by kamenhiro - 02-02-2021
Author Author JrMann
File Size File Size 438.5 KB
Downloads Downloads 56
+ Download

This is the vector file's info and the sample preview of the Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung's logo. You're advised to login to download the vector logo, (register as member if you're not).. or simply download the vector logo as non member.





Definisi Logo Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

JATA NEGERI
Bernaung secara rasmi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman

RUMAH
Melambangkan isi rumah menjadi teras pemuafakatan komuniti kampung

BULAN & BINTANG
Agama Islam sebagai paksi pentadbiran

TERENGGANU AKSARA JAWI
Memartabatkan tulisan jawi

WARNA UNGU
Melambangkan kebajikan dan keyakinan sebuah masyarakat

PUTRAJAYA: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata penjenamaan semula itu diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin bagi menambah baik MPKK dan MPKKP.

JPKK dikuatkuasakan di 10 negeri pentadbiran Perikatan Nasional manakala JPKKP di empat negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, katanya dalam sidang media semalam selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sini, semalam.

“Jumlah JPKK dan JPKKP yang akan dilantik di seluruh negara adalah sebanyak 15,434, melibatkan keseluruhan anggota seramai 128,930 orang,” katanya, sambil menambah pelantikan anggota jawatankuasa adalah bagi tempoh dua tahun, dengan kesemua pelantikan itu dijangka selesai, Ogos nanti.

Dr Abd Latiff berkata prosedur pelantikan anggota juga ditambah baik iaitu dengan mewujudkan jawatankuasa di peringkat daerah atau parlimen untuk melakukan tapisan pemilihan calon mengikut pembahagian komposisi parti komponen kerajaan persekutuan.

Senarai calon anggota kemudiannya akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik iaitu menteri besar atau ketua menteri bagi negeri-negeri JPKK manakala bagi negeri-negeri JPKKP oleh menteri sendiri dengan senarai calon JPKKP, perlu terlebih dahulu diperakukan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, katanya.

Beliau berkata struktur keanggotaan bagi setiap JPKK dan JPKKP kekal seperti sebelum ini iaitu seorang pengerusi, seorang setiausaha dan 11 anggota jawatankuasa dan kos perbelanjaan pelaksanaan JPKK dan JPKKP ialah sebanyak RM163 juta setahun.

Dalam perkembangan lain, Abd Lattif turut ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin politik agar beliau meletakkan jawatan setelah mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyinggung perasaan anggota parti UMNO di Sabah.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri kerana dia yang lantik saya (sebagai Menteri),” kata Dr Abd Latiff yang menyerahkan kedudukannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. — Bernama


•  Find Vectors, Illustrations, Photos with 15% Off Annual Subscriptions with iStock   - Promo Code: ANNUAL15


•  Find Vector arts, Vector Backgrounds, Illustrations on Shutterstock   & Download 10 FREE Images + Free Vector of The Week



Share this vector via

Images

None

Comments

There are no comments yet.

Add New Comment Add New Comment