Downloads: Sayangi Malaysiaku | Hari Kebangsaan 2018
Sayangi Malaysiaku | Hari Kebangsaan 2018
|
+ Download |
This is the vector file's info and the sample preview of the Sayangi Malaysiaku | Hari Kebangsaan 2018's logo. You're advised to login to download the vector logo, (register as member if you're not).. or simply download the vector logo as non member.
Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2018 telah dilancarkan secara rasmi. Sekolah-sekolah sudah boleh mula atur program Sambutan Hari Kebangsaan masing-masing dengan adanya maklumat-maklumat ini.
Tema Hari Kebangsaan 2018
Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.
Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.
Lagu Hari Kebangsaan 2018
Selain logo, turut dilancarkan lagu bertemakan Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface. Insha-Allah sedikit masa lagi saya kongsikan buku program
Sell your Artworks & Earn Commissions at ShutterStock - Submit your artworks, vectors, photos, videos
Share this vector via
Images
None


Author
File Size
Downloads
