Downloads: SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS
SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS
|
+ Download |
This is the vector file's info and the sample preview of the SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS's logo. You're advised to login to download the vector logo, (register as member if you're not).. or simply download the vector logo as non member.
Sekolah Kebangsaan Alor Janggus atau nama ringkasnya SK Alor Janggus, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.
SK Alor Janggus ditubuhkan pada tahun 1956. Asalnya dua buah bangunana papan satu tingkat (blok A & blok B) yang digunakan hingga kini. Perasmian sekolah ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah yang pada masa itu ialah Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Mac 1957. Pada tahun 1970, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan. Bangunan itu siap didirikan pada tahun 1971 dan dinamakan bangunan blok C seperti yang ada sekarang.
SK Alor Janggus terus maju dan berkembang sehingga sebuah lagi bangunan satu tingkat dibina dalam tahun 1989 bernilai RM 40,000.00 iaitu blik D. Dalam tahun yang sama Pusat Kegiatan Guru juga didirikan dalam kawasan sekolah.
Kini, SK Alor janggus mengembangkan sayapnya dengan mempunyai sebuah bangunan empat tingkat yang telah siap dibina pada Disember 2009. Sebelum ini, sesi persekolahan hanya berlaku pada sebelah pagi sahaja, namun setelah bermulanya pembinaan bangunan baru ini, sesi persekolahan telah dijalankan sebelah petang juga.
dan kini bangunan baru ini siap penuh dibina, sesi persekolahan dijalankan pada waktu pagi seperti biasa.
Sell your Artworks & Earn Commissions at ShutterStock - Submit your artworks, vectors, photos, videos
Share this vector via


Author
File Size
Downloads