Downloads: LOGO SEKOLAH TUN FATIMAH

LOGO SEKOLAH TUN FATIMAH

Rate this File
Uploaded by shampd - 09-12-2014
Author Author shampd
File Size File Size 334.2 KB
Downloads Downloads 289
+ Download

This is the vector file's info and the sample preview of the LOGO SEKOLAH TUN FATIMAH's logo. You're advised to login to download the vector logo, (register as member if you're not).. or simply download the vector logo as non member.


Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh [SBP] , yang ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, khas bagi pelajar-pelajar perempuan. Pelajar-pelajarnya adalah dipilih dan ditapis sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR ( Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) dan PMR ( Penilaian Menengah Rendah ).
Sekolah Tun Fatimah telah diasaskan di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956 dengan nama ‘ Sekolah Menengah Perempuan Melayu ‘. Matlamatnya ialah untuk mendidik murid perempuan Melayu terutama dari kawasan luar bandar dari seluruh Tanah Melayu untuk menjadi guru dengan menghantar mereka terus ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka ( MWTC) selepas peperiksaan LCE / SRP.
Pada tahun 1958, ia telah dirasmikan oleh YB Encik Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada masa itu dan diberi nama ‘ Sekolah Tun Fatimah ‘, sempena nama seorang Srikandi Wanita Melayu yang terkenal di zaman Kerajaan Melayu Melaka.’ Sekolah Tun Fatimah’ telah berpindah ke premis sekarang pada Ogos 1962 . Pada 25 September 1965 pula DYMM Sultanah Johor, Almarhum Ungku Tun Aminah Almarhum Ungku Ahmad telah berkenan merasmikannya.
Dari jumlah 80 orang pelajar pada hari itu, ianya telah berkembang kepada 733 orang pelajar pada hari ini dengan jumlah gurunya seramai 66 orang dan staf sokongan seramai 22 orang. Lebih kurang 1/3 daripada jumlah pelajarnya adalah pemegang biasiswa Kerajaan dan Swasta.
Pada tahun 2006 genap 50 tahun usia Sekolah Tun Fatimah. Perayaan Jubli Emas telah disambut pada 30 Jun hingga 2 Julai 2006 .Majlis ini telah dirasmikan oleh Sultanah Johor Sultanah Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja pada 1 Julai 2006. Diiktirafkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan pada akhir tahun 2008. Pada tahun 2010, STF telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi kumpulan Kohort Pertama.


Sell your Artworks & Earn Commissions at ShutterStock - Submit your artworks, vectors, photos, videos






Share this vector via

Images

  • LOGO SEKOLAH TUN FATIMAH